Wahai Manusia....
Tidakkah engkau melihat dengan mata...?!
Engkau di anugrahkan oleh sang Kuasa
Manifestasi wujud cinta-Nya
Mengapa engkau mengingkari
Mengingkari Semuanya....?!
Tidakkah engkau menyadari semua ciptaannya...?!
Semuanya di anugrahkan
Kepadamu.... Kepadamu... Kepadamu...
Iya, Kepadamu
Dengan siraman cinta dan kasih sayang-Nya
Engkau bisa menikmati hidup diatas Ciptaan-Nya
Wahai Manusia....
Tidakkah engkau mendengar dengan telinga...?!
Kenapa dan mengapa...?!
Engkau hanya bisa mendengar
Suara-suara setan yang merajalela
Tidakkah engkau mendengar
Suara jiwa dan seruan sang Kuasa
Wahai manusia...
Mengapa engkau tidak berfikir dan memahami...?!
Apakah nikmat yang di anugrahkan sudah tiada makna lagi...?!
Engkau berfikir hanya untuk kenikmatan sesaat
Semuanya adalah patamorgana
Tidak berarti akal yang kau miliki
Hatimu tertutup bebatuan setan
jasadMu ternoda lumpur-lumpur dosa
Wahai manusia....
Engkaulah sosok hamba yang di muliakan sang kuasa
Sadarilah apa yang ada di setiap ciptaannya
Engkau begitu agung di sisi sang Pencipta
Mata di ciptakan untuk melihat
Telinga di ciptakan untuk mendengar
Di ciptakan untuk berfikir
Dan hati di ciptakan untuk memahami
Tidakkah engkau mensyukuri...?!
Wahai manusia......
Hanya dengan kekuatan iman
Engkau memahami makna hidup ini
Hanya dengan kekuatan akal
Engkau bisa membaca lembaran-lembaran kehidupan
Hatimu tidak kan beku di dalam dadamu
Ingatlah kuasa sang pencipta
Sadarilah segala noda dan dosa
Betapapun kuasa sang penggoda
Semua tipu daya tiada berguna
Semua ajakan setan akan terenyahkan
Tanpa jejak yang bermakna
About
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Donec quam felis, ultricies nec, pellentesque eu, pretium quis, sem. Nulla consequat massa quis enim. Donec pede justo, fringilla vel, aliquet nec, vulputate eget, arcu. In enim justo, rhoncus ut, imperdiet a, venenatis vitae, justo. Nullam dictum felis eu pede mollis pretium. Integer tincidunt. Cras dapibus. Vivamus elementum semper nisi. Aenean vulputate eleifend tellus.Read more about me »hERO
seuntai kata
6 Perkara Yang Allah Sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang.
Sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri seraya berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud; "Tidak"
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibrail a.s berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud;
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun.
Terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT seraya ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat 2 rakaat yang mereka kerjakan.."
Bersamalah kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :
➀ Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
➁ Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
➂ Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
➃ Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
➄ Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang 5 waktu).
➅ Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Wallahua'alam..
*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Tidor siang hari
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’
Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
Wallahualam
Dipetik dari islam.sukeri.com
Pernahkah
BENARKAH KITA SEBENARNYA...??
Kita sebenarnya,
Lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.
Kita sebenarnya,
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabi'ulawal.
Kita sebenarnya,
Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
Kita sebenarnya,
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
Kita sebenarnya,
Lebih suka lepak, tidur, tonton TV dan sebagainya daripada solat dan membaca Al-Quran.
Kita sebenarnya,
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah.
Kita sebenarnya,
Lebih suka menyebut "Hello!" atau "Hi!" daripada "Assalamualaikum."
Kita sebenarnya,
Lebih suka menyanyi atau karaoke daripada berwirid atau bertahmid.
Kita sebenarnya,
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.
Kita sebenarnya,
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.
Kita sebenarnya,
Lebih suka ke konsert, majlis keramaian atau penggung wayang daripada ke majlis ilmu (ceramah agama).
Kita sebenarnya,
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka.
Kita sebenarnya,
Lebih suka mencarut daripada menyebut "MasyaAllah."
Kita sebenarnya,
Lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan.
Kita sebenarnya,
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
Kita sebenarnya,
Lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat.
TETAPI,
Apabila ditanya ke mana arah tujuan kita, dan pasti kita akan menjawab bahawa...
KITA SEBENARNYA,
Lebih suka menuju ke SYURGA daripada ke NERAKA..
Apakah kita layak menghuni Syurga milik Allah SWT??
Wallahua'alam..
*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
(Amar Sufi)
Lama berkurun
wah lama x bukak hahah... apa dah jad ngan blog ak.... asyik cibok berjaln, advanture, men fb :P hahaha....
sesak22 ad bnyak cter mnarik nak dikongsikan spnjang ak menghilang dar blog... nnt ak post hahaha adios
MARI BELAJAR 2
Koleksi Mutiara kata 2 (bhgian 1)
- Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
- Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
- "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
- "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
- Wanita itu sendiri adalah rahsia
- Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
- ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
- Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
- Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
- Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
- SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
- "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
- "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
- "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
- JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,
- JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
- Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Iron man 2 hohho
KoleksiMutiara kata 1
*Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
Rinduku Ke Syurga
BEGITULAh kesudahannya; aku hanya sempat mengenali lelaki itu lima tahun lapan bulan. Aku tahu dia telah pergi. Linangan air mata ibu yang menuruni cerun pipinya yang putih dan gebu ketika bersimpuh di sebelah sesusuk tubuh yang terbujur kaku berbalut kain kapan cukup untuk menggambarkan kedukaannya.
Kancapuri rumahku seolah-olah sebuah perkuburan sepi. Aku yang duduk di ribanya didakap erat. Entah berapa kali ibu mendaratkan bibirnya ke dahi, pipi dan ubun-ubunku. Antara dengar atau tidak, berulang kali ibu berbisik ke telingaku, “Abah Firdaus telah pergi … Abah Firdaus telah pergi.”. Saat sekujur tubuh abah diangkat pergi oleh beberapa orang penduduk kariah dan dimasukkan ke dalam van jenazah berwarna putih, ibu rebah - beberapa kali ibu rebah. Mujur sempat disambut oleh beberapa orang penduduk kariah wanita. Aku membuntuti van jenazah yang membawa tubuh kaku ayah hingga ke tanah perkuburan – malah aku turut berdiri betul-betul di bibir lubang kuburnya.Tubuh abah disambut oleh penggali kubur lalu dibaringkan di liang lahad. Sebaik sahaja keranda menutupi jasadnya dan dikambus dengan tanah oleh para penggali kubur, air mataku tiba-tiba berlinangan. Baharu aku tahu ertinya mati.Aku sempat menjeling ke arah ibu yang duduk di sebuah pondok yang terletak agak jauh dari tempat ayah disemadikan. Dia duduk bersimpuh sambil tunduk – tidak henti-henti menyeka air matanya. Beberapa orang saudara-mara terdekat mendakap erat tubuhnya. Dan, di situ entah berapa kali ibu rebah lagi. Hari-hari yang berlalu benar-benar membuahkan sepi. Saban petang, aku masih duduk di muka pintu menanti kepulangannya walaupun aku tahu dia tidak akan menjelma. Tiada lagi kelibat lelaki yang bertubuh sasa itu merangkul lalu mendukung tubuhku dan menghadiahkan ciuman yang bertubi-tubi ke pipiku sehingga aku ketawa kegelian. “Fir, sudah hampir senja. Pergi mandi. Selepas itu solat Maghrib dengan ibu,” tegur ibu lembut. “Kalau kita selalu solat dan berdoa, ayah akan pulang? Kita akan jumpa ayah?” Ibu diam. Masih ada mendung hiba yang terlukis di wajahnya. Belakangan ini juga, ibu lebih banyak menitiskan air mata berbanding senyum dan tawanya. Dia merapati tubuhku lalu mendakapku; lembut jari-jemarinya mengusap-usap ubun-ubunku. “Abah tidak akan pulang lagi, Fir. Tapi kalau kita selalu berdoa, kita akan berjumpa dengan abah suatu hari nanti,” balas ibu. “Jumpa di mana?” “Di syurga.” “Syurga? Di mana? Jauh?” Ibu angguk. “Jauh … Kalau Fir jadi anak yang baik dan selalu berdoa untuk abah, Fir juga akan ke sana, berjumpa dengan abah.” “Di syurga?” Ibu angguk lagi. Malam terus melagukan senandung pilu. Tiada lagi suara merdu abah meninabobokkan aku di kamar ini. Tiada lagi hangat dakapannya. Malam ini dan malam-malam seterusnya aku hanya mendakap sunyi. SEJAK ketiadaan abah, ibu terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan kami. Seminggu ibu bekerja pada sebelah siang, seminggu lagi ibu bekerja pada sebelah malam; kerja kilang. Kata ibu, abah tidak meninggalkan wang simpanan yang banyak untuk kami. Abah hanya kerani. Entah sampai bila aku harus melalui hidup seperti ini – lebih banyak menghabiskan masa di rumah pengasuhku berbanding di rumahku sendiri. Aku tidak menyalahkan ibu. Ibu punya tanggungjawab yang amat berat. Aku mesti memahaminya walaupun aku mula berasakan ada kerenggangan dalam hubungan kami berdua. Setiap kali pulang dari kerja, ibu sering mengadu keletihan. Sudahnya aku sering terbiar; kesepian. Jika abah masih ada, tentu ruang-ruang kosong ini diisi oleh gurau senda dan gelak ketawanya. Seletih mana pun ayah, kemahuanku seboleh-bolehnya akan dipenuhi. Dunia kecilku yang sepatutnya dipenuhi rona-rona indah bertukar menjadi kelam sejak ketiadaan abah. Kubilang-bilang, sudah hampir lima purnama abah bersemadi di sana. Kali terakhir aku menziarahi pusaranya kira-kira tiga bulan lalu; menemani ibu mencacakkan batu nisan yang bertulis nama ayah, tarikh lahir dan tarikh kematiannya. Di situ, ibu menangis lagi. Sepi dan derita yang menghunjam hidup ibu rupa-rupanya tidak lama. Taman sepi dalam hati itu rupa-rupanya kembali dihiasi bebunga harum aneka warna dan rupa. Ibu sudah bisa tersenyum dan ketawa ceria.“Esok Fir pakai baju yang cantik-cantik. Ikut ibu jalan-jalan. Sudah lama Fir tidak bersiar-siar di kota,” ujar ibu. Di bibirnya sentiasa menguntum senyuman. “Jalan-jalan?” Tentu sahaja aku agak kaget. Lazimnya ibu terlalu sibuk dan akhirnya kepenatan mengurusi aku dan rumah. Dunianya hanya aku, rumah dan kilang. “Dengan siapa?” Ibu tidak menjawab – tersenyum lagi. Senyuman yang lebih panjang dan pastinya mengandung makna yang sangat mendalam. Ibu lebih senang membiarkan aku terpinga-pinga. Dan, akhirnya keseronokan bersiar-siar di kota lebih mengujakan daripada keanehan sikap ibu. Dan, inilah detik yang terbaik untuk mengimbas kenangan bersama abah semasa hayatnya. Setiap awal bulan, pasti ayah akan membawa aku dan ibu ke kota. MASIH terlalu awal. Meskipun dia meladeni aku dengan baik, namun dalam hati ini masih ada sekelumit rasa curiga. Aku tidak tahu, apakah kebaikan yang dilakukannya hanya untuk membeli hatiku? Pesan ibu, jangan buruk sangka. Seboleh-bolehnya, ibu berusaha meyakinkan aku bahawa lelaki itulah calon yang terbaik untuk menggantikan arwah abahku. “Fir masih terlalu mentah untuk mengerti. Tapi Fir percayalah, apa yang ibu lakukan adalah untuk kebaikan Fir juga,” ujar ibu pada suatu malam ketika aku sedang menonton rancangan kanak-kanak kegemaranku di televisyen. “Ibu sudah lupa pada abah?” Entah mengapa tiba-tiba pertanyaan itu terpacul dari mulutku. Ibu sedikit tersentak. Apabila ibu mengerling tajam ke arahku, aku segera tunduk. Betapa cabulnya mulutku. Aku segera masuk ke kamar. Tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan ibu. Akhirnya ibu telah diijabkabulkan dengan lelaki itu. Lelaki yang kata ibu mampu menjadi abah yang terbaik buatku walaupun statusnya hanya abah tiri. Saban pagi, lelaki itulah yang menghantarku ke sekolah tadika dan menjemputku beberapa jam kemudiannya. Kadang-kadang, dia mengajak aku minum di sebuah warung yang letaknya tidak jauh dari rumahku. Memang ada kesungguhannya untuk memenangi hatiku. Malah, setiap masa seolah-olah dia tidak mahu berenggang denganku; lebih-lebih lagi apabila ibu ada di rumah. Curiga. Ah, entah mengapa perasaan itu berterusan mengasak jiwaku! Aku tidak pandai berbohong. Setiap kali aku meluahkan perasaanku, ibu tetap meyakinkan dialah lelaki terbaik untuk menggantikan tempat abah. Akhirnya aku diam. SETELAH hampir sebulan dia menikahi ibuku, aku mula menghidu perubahan pada dirinya. Jika sebelum ini dia akan menjemput aku tepat pada waktunya, tapi kali ini acap kali dia lewat. Mujur guru prasekolah membenarkan aku berada di dalam kelas sehingga abah tiriku tiba. “Budak kecil seperti kamu, apakah perlu bertanya ke mana abah pergi?” jerkahnya pada suatu hari apabila aku bertanya mengapa dia kerap lewat menjemputku. Sejak itu, aku diam sahaja – tidak lagi bertanya-tanya. Entah. Tiba-tiba aku berasa asing di rumahku sendiri – rumah ini satu-satunya pusaka abah yang begitu banyak menyimpan kenangan yang cukup sentimental; seolah-olah di segenap ruang di dalam rumah ini ada dia. Sedikit demi sedikit ibu mula membuang kenangan itu. Gambar abah tidak lagi tersangkut di ruang tamu atau di kamar. Disorokkan entah di mana. Malah, semua pakaian abah dibungkus – ada yang dihantar ke kampung dan ada yang diberikan kepada orang. Bersuara? Cukuplah sekali peritnya pipiku menerima sentuhan pertama abah tiriku kerana pernah bertanya kepada ibu tentang soal itu pada suatu ketika. Rupa-rupanya abah tiriku tidak menyenangi sikapku. “Abah kamu sudah mati! Kamu faham? Buat apa menyimpan barang orang yang sudah mati?” tengking abah tiriku sebaik sahaja ibu melangkah keluar dari rumah untuk pergi kerja. Pada saat aku mengenal kehidupan, aku juga mengenal penderitaan. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya diperlakukan begitu. Hanya jerit kesakitan dan tangisan yang dapat kuluahkan. Rupa-rupanya dendam abah tiriku tidak pernah tiris dari hatinya. Sekecil mana pun kesalahan yang aku lakukan, pasti aku akan dihukum dengan sekeras-kerasnya. Lebih-lebih lagi selepas dia keluar dari kamar dengan mata yang merah dan terhoyong-hayang. Ibu? Cinta dan kepercayaannya kepada ayah tiriku melebihi kebenaran kata-kataku. “Sejak bila Fir pandai berbohong? Abah tiri Fir baik. Kenapa Fir selalu cerita yang buruk-buruk tentang dia? Ibu lebih mengenali dia,” kata ibu tegas. Aku diam seperti seperti seorang penjenayah yang berada di kandang pesalah dan dibela oleh seorang peguam bela yang berpaling tadah. Abah tiriku semakin bertindak buas dan ganas sejak dia mengetahui aku mengadukan perihal perlakuannya terhadap diriku kepada ibu. “Kecil-kecil sudah pandai mengadu domba! Bikin cerita yang bukan-bukan.” Serentak itu kepalan penumbuknya singgah di perutku. Senak yang teramat sehingga aku tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Tidak cukup itu, belakang badanku dilibas dengan tali pinggang kulitnya – melelas kulitku. Aku merayu kepadanya agar tidak diperlakukan begitu, tetapi dia benar-benar sudah dirasuk syaitan – syaitan dadah! Saat aku terkulai tidak bermaya, dia lesap entah ke mana. Meskipun badanku lebam-lebam, aku tidak berani membuka mulut. Dia terlebih dahulu memberitahu ibuku bahawa belakangan ini aku terlalu nakal dan lasak bermain dengan anak-anak jiran. Ibu percaya. KERINDUANKU terhadap abah membuak-buak sejak akhir-akhir ini. Dalam mimpi, dia sering datang dengan wajahnya yang jernih dan bersih. Dia sering mengajak aku mengikutnya. Katanya, di sana lebih tenteram dan damai. Sudah hampir seminggu aku tidak ke sekolah. Aku benar-benar sakit. Perutku berasa sangat pedih seperti usus-ususku telah putus. Ada juga ibuku mengusulkan kepada abah tiriku agar membawaku ke klinik. “Salah makan tu. Budak-budak, pantang nampak makanan sedap, semua hendak ditelannya,” kata abah tiriku yang duduk sambil menyandarkan tubuh kurus keringnya di dinding. Namun matanya menjeling tajam ke arahku. “Kalau teruk sangat, esok abang bawa ke klinik, ya,” ujar ibuku yang sedang duduk sambil melipat kain. Abah tiriku hanya mengangguk malas. Malam itu, abah datang lagi dalam mimpiku. Kali ini aku dapat merasakan dia menyentuh tubuhku – lembut jari-jemarinya membelai-belai rambutku. Ah, betapa rindunya! Sekali lagi dia mengajakku ke sana. Kali ini, aku angguk. Aku terjaga daripada tidur apabila terdengar suara abah tiriku merungut-rungut sambil menyelongkar almari pakaianku. “Abah cari apa?” soalku lalu perlahan-lahan bangkit. Dia langsung mencekak leherku dan mengoncang-goncang tubuhku. “Mana tabung kamu, ha? Mana?” jerkah ayah. Matanya membulat – merah. “Tak boleh! Itu tabung peninggalan abah, Fir,” ujarku dengan suara yang tersekat-sekat. Dia semakin menguatkan cengkamannya. Entah berapa kali dia menghantukkan kepalaku ke lantai. Kepalaku berasa sakit dan pening. Dia melepaskanku dan terus menyelongkar almari pakaianku. Bertaburan isi perut almari itu. Akhirnya dia menemui tabung yang hampir penuh itu. Aku merayu kepadanya agar tidak mengambil tabung itu kerana duit syiling di dalam tabung itu adalah pemberian daripada abahku. Dia tidak mempedulikan. Ketika aku cuba menghalang, dia menghentak kepalaku dengan tabung yang diperbuat daripada seramik itu. Aku terjelepuk. Mataku memandang ke atas. Aku dapat merasakan ada cecair hangat mengalir keluar dari kepalaku; membuak-buak. Pandanganku mula berpinar-pinar. Dalam keadaan yang semakin berbalam-balam, sekonyong-konyong muncul wajah bersih abahku. Semakin lama semakin dekat. Semakin hampir. Dan, gelap. Oleh Md Nizar Parman
MARI BELAJAR 1
TUTORIAL (Satu warna)
Selamat datang, hari ini kita akan balajar bagaimana nak jadikan van dan signboard itu sahaja yang akan berwarna dengan menggunakan adobe photoshop. Seperti dibawah..
Sebelum
Selepas
Kita download gambar van kita dulu dan anda akan dapat seperti dibawah.(anda boleh guna
selain darigambar ini)
Kemudian buka gambar ini dalam adobe photoshop
Sekarang kita cuba mewujudkan 2 gambar yang sama dalam satu tab window iaitu dalam
bahasanya wujudkan 2 layers dalam satu tab window. Langkah ini dibuat bagi langkah
berjaga-jaga supaya gambar asal @ BACKGROUND tidak rosak apabila kita edit gambar ini.
Pergi ke menu bar di atas. Cari dan tekan LAYER > Duplicate Layer, akan keluar satu bar
seperti dibawah.Tekan OK dan cuba anda lihat panel dock disebelah kanan bawah iaitu
LAYER, anda akan dapati terdapat 2 layer. Pertama BACKGROUND dan satu lagi Layer 1.
Step seterusnya, kita akan cuba jadikan gambar tersebut kepada warna hitam dan putih.
Pergi ke menu bar diatas dan tekan Image > Adjusment > Black&White (Anda boleh cuba
menu yang lain tapi dalam contoh ini kita cuba menggunakan menu Black&White).
Anda akan dapat bar seperti di bawah ini dan tekan OK (anda boleh adjust bagi
mencatikkan lagi ton warna Black&White anda)
Pergi ke toolbox bar di sebelah kiri dan cari tool yang bernama History Brush tool.
Dibawah menu bar terdapat satu bar iaitu option bar, kegunaan bar ini adalah bar
yang di khaskan untuk tool yang anda pilih pada toolbox bar anda. Sebagai contoh
yang kita guna iaitu History Brush tool.
Di option bar tersebut terdapat Mode,Opicity dan Flow. Dalam contoh ini kita
hanya guna Opicity dan Flow sahaja. Laraskan Opicity (80%) dan Flow (50%).
Kemudian anda boleh menggunakan tool anda pada van dan signboard. Dengan
menekan butang kiri tetikus @ mouse dan heretkan pada gambar van tersebut
dan akan menghasilkan warna asal van tersebut. Brush ini kegunaannya
bukan untuk mewarnakan tetapi menghilangkan effect yang telah kita gunakan
dalam contoh ini kita guna Black&White.
Hasil kerja anda akan menjadi seperti di bawah.
Kemudian anda boleh save File > Save as > Format > .psd @ .jpg. Selamat mencuba.
Harga Website
Asmaul Husna
About Me
- laok
- KLANG, SELANGOR, Malaysia
- Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..
8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..